Tuesday, September 20, 2011

Dosa Jumaat


Aku buat dosa lagi
di tengah pacak matahari jumaat
di alas kepala ku dengan bantal empuk
sambil malaikat mencatat ke dalam buku amalan tentang dua jam yang terkutuk

tapi mimpi diantara itu indah
dia hadir bersama sahabat
namun hanya wajahnya sahaja yang aku ingat
bertegur sapa melalui tingkap kamar
seperti sudah terbiasa berjumpa di dalam fantasi tersirat

mungkin aku harus sekali lagi berbuat dosa
dipacak matahari jumaat hadapan
haha
jangan!
9 Sept 2011

No comments:

Post a Comment