Aku mahu aman,
aku lari dari pergaulan.
Aku mahu kasih,
aku hindar pergaduhan.
Aku mahu tenang,
aku rapatkan perhubungan.
satu demi satu bicara alam ingin aku tafsirkan,
kesinambungan lampau dan masa hadapan,
dengan setiap perbuatan yang mengaibkan,
tidak lagi mampu aku sorokkan.
itu semua karma,
aku benci pada karma.
bak kata sasterawan A.Samad Said,
segala yang dihasrat tapi tak didapat,
adalah nikmat yang paling padat.
awalnya bergitu tergantung,
akhirnya juga tergantung.
Aku ingin membiasakan yang betul,
dan memperbetulkan yang biasa.
Jadi larilah, larilah sejauh mahumu,
Pergilah, pergilah dari sisiku,
kejarlah, kejar apa mahu mu,
ikut kata hatimu yang satu.
andai engkau sesat mencari jalanmu,
kembalilah, kembali pada yang SATU,
kerna aku selalu mendoakan dirimu di dalam setiap doa ku.
aku lari dari pergaulan.
Aku mahu kasih,
aku hindar pergaduhan.
Aku mahu tenang,
aku rapatkan perhubungan.
satu demi satu bicara alam ingin aku tafsirkan,
kesinambungan lampau dan masa hadapan,
dengan setiap perbuatan yang mengaibkan,
tidak lagi mampu aku sorokkan.
itu semua karma,
aku benci pada karma.
bak kata sasterawan A.Samad Said,
segala yang dihasrat tapi tak didapat,
adalah nikmat yang paling padat.
awalnya bergitu tergantung,
akhirnya juga tergantung.
Aku ingin membiasakan yang betul,
dan memperbetulkan yang biasa.
Jadi larilah, larilah sejauh mahumu,
Pergilah, pergilah dari sisiku,
kejarlah, kejar apa mahu mu,
ikut kata hatimu yang satu.
andai engkau sesat mencari jalanmu,
kembalilah, kembali pada yang SATU,
kerna aku selalu mendoakan dirimu di dalam setiap doa ku.
