Wednesday, September 28, 2011

Biarkan perasaan ini buta merasa


Ini bukan permainan aku
jangan samakan aku dengan anjing-anjing berpeleseran di luar sana.

Di teratak lampau sudah ada satu
yang tersenyum puas melihat aku hanyut dan lemas
mengisi jiwa ku dengan bait-bait indah dusta.

pernah juga aku tiupkan harapan
pada jiwa pemulihan yang baru berkembang
namun tiupan itu lemah
lalu dibalikkan taufan menggoncang laman mimpi

cubalah,
siapa sahaja
derakan permainan itu sekali lagi
biar diteteskan perahan limau di laman ini
menjadi gelasan cuka yang terasa oleh lidah seakan madu
kerna jiwa ini sudah terbiasa
ia sudah terlebih tabah dan dahaga rasa itu

dan juga aku mahu tahu
apakah pengakhiran nya sama......

No comments:

Post a Comment