Friday, May 27, 2011

lutsinar luka sinis

gerimis mata jiwa mengalir,
dari dasar jiwa yang dalam,
hanyut lemas bila diselami,
jatuh tersujud kala direnang

hanya yang berani mampu bersentuhan,
tercapai pandang jatuh ke hati,
setiap baris ayat bersulam arti,
berlandas hikmah bukti hakiki,
merenung selam jiwa insani,
yang sesat berlari jauh dari diri.

kau mahukan kebebasan,
aku berikan haluan,
namun kau bukan malaikat yang taat akurnya.

lantas kau pun berlari mengejar apa mahu mu,
meredah kabut gelap dunia
arakian meragut jiwa pemulihan yang baru berkembang.

ku cuba bingkiskan sehelai demi sehelai kemungkinan alam,
Syaitan akan berpaling walaupun sedar akan kebesaranNya,
jiwa yang sabar juga akan tersungkur bila hampir limit teguhnya.

tiada lagi pesan hidayah,
hampir lenyap kiasan terngiang,
tiada ditegur silap dan salah,
mengudang mati rasa yang sayang.

Jangan pagarkan nikmatmu, kerna nikmat ada pada setiap nafsu yang hidup.
berhati-hati dengan nikmatmu, nikmat durjana merobek hidup.

1 comment: