ternyata aku tersalah buah catur
yang ku mahu gerakkan buah permaisuri
sida-sida yang sibuk menyusul
si kuda memberi amaran
jangan kau ambil masa yang lama
memerhati dalam gelap kelambu
siang kau lupa
malam dia sudah kabur
namun si askar-askar kecil sudah terlebih dahulu
menghasut sedar hingga terbit mentari
hilang sabar penat menunggu
tumpas di tengah hari
tersedar senja
kamar permaisuri lawan yang mahu ditawan
sudah gelap jendela tertutup
kasatria yang lain menghilai tawa
si raja salah mencatur cara menung terduduk
Friday, August 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Kreatif idea !
ReplyDeleteterima kasih :)
ReplyDelete