Thursday, March 19, 2009

K R I T I K

Mukadimah
sekali peristiwa seorang pengkiritik sosial bertelagah kerana seorang hartawan melayu menempelak kepadanya "bahasa melayu ini kuno !"

kenapa ini berlaku ? kurangnya penghayatan jati diri dikalangan bangsa melayu. si penulis menjadikan bapanya sebagai figura kerana kagum dengan pendirian dan ketegasan bapanya ketika bersuara.

A.Samad Mahadi, ada daya kritik sosial yang kritis terhadap masyarakat melayu malaysia, nama yang mungkin tidak menonjol dalam dunia penulisan akhbar. tulisan beliau sering mengkritik sikap enteng masyarakat melayu yang tidak mempergunakan bahasa melayu dengan betul dan memperlekehkannya. pendirian beliau juga turut diterapkan di dalam keluarga dimana beliau sering menegur isteri dan anak-anaknya jika salah penggunaan kata ketika berbicara.

Pada pandangan beliau, bahasa melayu itu sendiri adalah identiti seseorang melayu dan kerana melayu wujudnya negara malaysia kini. Bagi Semenanjung Tanah Melayu, Malaya atau kemudiannya menjadi Malaysia, Melayu adalah tunjang kepada nasinoalisme Negara bangsa, ia adalah teras kepada kebudayaan nasional, teras kepada makna perpaduan dan Ketuanan Melayu, ia bukan etnik, tetapi adalah kebangsaan itu sendiri. Menjadi Melayu, mengungkapkan aspirasi kebangsaan itu.

Jadi, bahasa melayu ini patut kita angkat martabatnya. oleh siapa lagi kalau bukan oleh bangsa melayu itu sendiri. bahasa melayu ini tidak kuno. cuma segelintir individu yang beranggapan sedemikian. golongan ini lupa akan asal usul diri mereka.

Tidak perlu kita bertelagah hanya kerana berbeza pendapat. kepada yang berkenaan janganlah terasa. bukan niat untuk memperlekeh tetapi untuk berpesan. kita berdua berbangsa melayu. bahasa melayu itu bahasa kita. biar antik tapi berjiwa , jangan moden tapi kosong isinya.

Jadikanlah Palestin sebagai pengajaran, hanya kerana perbezaan pendapat mereka berpecah kepada dua puak. memetik kata-kata sastrawan negara:

Tanah Melayu
Kita rakyat di bumi jantung ini
Tiada beda dalam segala apa jua
Penanam padi atau buruh memberi tenaga
terkepung dalam semboyan muluk 'demokrasi'
Kita Pembina semua ekonomi, begitulah!
Tetapi siapa yang bisa dirabai kemujuran
Sedang tulang-tulang longgar berkisar,
Tuan-tuan penuh hormat sucinya seperti malaikat?
Kita diminta membuat bakti
Dan titik peluh sampai merah darah
Memburu kematian di padang maut terdedah
Saudara sama sendiri saling bunuh-membunuh.
Ketika penekanan jauh sampai ke tulang,
Dengarlah jeritan keras tani di ladang
Dengarlah teriakan gemuruh buruh di kilang
Sama bersatu sederap barisan bangun berjuang........

1955 Usman Awang
D.D.J

1 comment: